JADUAL ENAM

TARAF KEMATANGAN

  1. Elephant - Elephas mximus - Gajah, hendaklah disifatkan sebagai tidak matang jika berat kedua-dua gadingnya kurang daripada tiga puluh paun atau jika garis pusat kaki hadapannya kurang daripada tujuh belas inci.

  2. Gaur - Bos gaurus hubbackii - Seladang, hendaklah disifatkan sebagai tidak matang jika lilitan tanduknya diukur pada pangkalnya adalah kurang daripada lima belas inci.

  3. Sambur Deer -Cervus unicolor equinus - Rusa, hendaklah disifatkan sebagai tidak matang jika panjang tanduknya kurang daripada empat belas inci atau jika lilitan tanduknya kurang daripada lima setengah inci diukur satu setengah inci dari buku tanduk jika rangga tanduk-tanduknya kurang daripada enam; dan seekor jenis betina hendaklah disifatkan sebagai tidak matang jika tinggi dari bahunya kurang daripada empat puluh inci.

  4. Serow - Capricornis sumatrensis - Kambing Gurun, Kambing Bukit, Kambing Hutan, hendaklah disifatkan sebagai tidak matang jika panjangnya tanduknya diukur dari lengkung sebelah luar adalah kurang daripada lima inci.

  5. Monitor Lizard - Varanus, all species - Biawak, hendaklah disifatkan sebagai tidak matang jika panjang keseluruhannya, termasuk ekor adalah kurang daripada enam belas inci.

  6. Crocodile - Crocodylus porosus - Buaya Tembaga, hendaklah disifatkan sebagai tidak matang jika panjang keseluruhannya, termasuk ekor adalah kurang daripada lapan belas inci.

  7. Gharial - Tomistoma schlegali - Buaya Julung-Julung, hendaklah disifatkan sebagai tidak matang jika panjang keseluruhannya, termasuk ekor adalah kurang daripada lapan belas inci.

  8. Binatang-binatang lain yang diperlindungi mengikut apa-apa cara oleh peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya hendaklah disifatkan sebagai tidak matang selagi ia masih mengekori induknya dan masih menyusu.

Sitemap        cockatiel and the law

___________________________________________________

  Pet-Cockatiel.com