Ikat perut beli kuda

If you found any news about pet birds and would like to share the news with the fellow forumers... pls do not hesitate to do so in this section...pets birds news, from anywhere...if it regard to birds it can be here...

Moderator: Moderator

User avatar
Tanin
Site Admin
Posts: 6294
Joined: Wed Mar 30, 2005 9:41 am
Location: Malaysia
Location: Rawang, Selangor, Malaysia
Contact:

Ikat perut beli kuda

Postby Tanin » Wed Aug 01, 2007 3:26 am

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my
Harian Metro, 19 Jul 2007
KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori berusia 44 tahun dari Mengabang Tengah di sini, sanggup mengikat perut semata-mata bagi membeli kuda untuk melatih remaja di kampungnya menceburi sukan berkuda.

Mohd Yasin Jusoh sanggup berbuat demikian semata-mata bagi mengelak golongan remaja di kampungnya terbabit dengan aktiviti tidak sihat termasuk menagih dadah.

“Alhamdulillah, hasil usaha saya dan keluarga yang banyak membantu, Kelab Seri Budiman yang ditubuhkan berjaya menyelamatkan remaja di kampung ini yang mulanya terjebak dengan gejala sosial.

“Sehingga kini, remaja terbabit sudah mampu menunggang kuda dengan baik dan sering mengambil bahagian pada kejohanan lumba kuda yang diadakan di negeri ini.

“Walaupun tidak secara menyeluruh dapat mengubah remaja itu, namun sekurang-kurangnya pendekatan yang saya lakukan ini mampu memberi jalan kepada mereka untuk berubah,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, selain melatih remaja menunggang kuda, dia juga menggalakkan remaja terbabit mencari wang saku dengan membawa kuda di Pantai Batu Buruk untuk ditunggang pengunjung di kawasan itu dengan bayaran serendah RM3.

“Sambutan diterima begitu menggalakkan dan wang diperoleh itu diagihkan untuk belanja harian mereka,” katanya.

Mohd Yasin berkata, setakat ini, lebih 30 remaja beralih kepada sukan berkuda sehingga mendapat tawaran menjadi jurulatih di tempat lain. “Kita tidak sepatutnya hanya menuding jari kepada ibu bapa, guru atau pihak berkuasa apabila melihat keruntuhan moral di kalangan remaja sekarang.

“Sebaliknya, kita juga harus bertanya kepada diri sendiri mengenai sumbangan kita untuk membantu mengubah mereka,” katanya.
Menurutnya, sejak hampir 10 tahun terbabit dalam kegiatan itu, remaja didiknya dianggap seperti anak sendiri dan kebanyakan mereka berjaya menjadi jurulatih kuda termasuk di Terengganu Equestrian Resort (TER).

“Saya tidak berpendidikan tinggi dan tidak mampu mendidik mereka mendalami ilmu lain, namun dengan ilmu dimiliki dalam sukan berkuda ini, saya mampu curahkan kepada mereka,” katanya.

Katanya, menunggang kuda selain sebagai aktiviti sukan, sebenarnya turut mempunyai manfaat yang kurang diketahui ramai orang.

“Menunggang kuda berupaya mencegah penyakit buasir, lemah syahwat, malah mereka yang mahu menguruskan badan juga boleh menyertai sukan berkuda ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Syarul Wan Mamat, 19, berkata, sebelum terbabit dengan sukan berkuda itu, dia sering mengikut rakan menyertai kegiatan merempit dan melepak di tempat awam.

Bagaimanapun, menurutnya, selepas dipelawa Mohd Yasin, dia kini banyak berubah daripada menjadi Mat Rempit kepada peserta kejohanan sukan berkuda.

“Saya berazam mahu menjadi seorang peserta lumba kuda profesional negara satu hari nanti,” katanya.
Best Regards,
Tanin

Now you can share any posting that you like to FBook!
Image


For more more detail on how to share, please visit:
viewtopic.php?f=54&t=11885

Return to “News to Share”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest